Ini amalan dan pengamatan saya sepanjang tahun.
Bagi ibubapa yang sibuk bekerja amat memenatkan bila memikirkan baju sekolah anak-anak yang terlalu kotor terutamanya daki pada bahagian leher dan lengan.
Saya amalkan teknik ini sepanjang tahun, Alhamdulillah baju sekolah tidak terlalu kotor dan masih boleh digunakan untuk tahun berikutnya itu pun kalau saiznya masih sama. :)
Amalkan 2 kali atau sekali seminggu. Jika baju sekolah cukup untuk 5 hari boleh la buat sekali seminggu.
![]() |
Gambar Sekadar Hiasan |
Pada waktu lapang atau malam sebelum tidur, rendamkan baju sekolah putih anak dalam mesin basuh menggunakan mode/function/course 'soak'.
Campurkan sabun/detergent lebih sedikit daripada biasa.
Tahap air bergantung kepada banyaknya baju tersebut.
Biarkan mesin basuh semalamam dan jangan 'off' mesin basuh. Jika di'off'kan, sama sahaja jika hanya direndam dalam besen dan ia agak kurang efektif.
Jika ada fungsi masa boleh setkan sehingga 6 jam bergantung kepada kekotoran baju.
Jika tiada fungsi masa, biasanya dari rendaman sehingga siap basuh mengambil masa 2 jam.
Ada jenis mesin basuh akan terus berfungsi sehingga selesai membasuh selepas tempoh rendaman tamat.
Selepas bangun tidur, boleh terus jemur/keringkan baju.
Ada mesin basuh yang terus 'off' selepas tempoh rendaman dan perlu diset semula untuk selesaikan basuhan seperti biasa. Mesin basuh jenis ini anda perlu peka agar baju tidak terendam terlalu lama.
Insyallah baju sekolah anak-anak tidaklah terlalu kotor dan masih segak bergaya untuk dipakai. :)
Tuan/Puan nak cuci Karpet???
Dengan pengalaman hampir 10 tahun dalam perkhidmatan cucian karpet, Insyallah kami akan berikan yang terbaik menjadikan karpet tuan/puan Bersih, Menarik dan Lebih Segar. Jangan risau.. kami akan ambil, cuci dan hantar semula ke rumah tn/pn :)
Hubungi kami (SMS/Whatsapp/Call) di talian;
klik DISINI untuk terus wasap kami;
0184034605
0184034605
0184034605 (Azizi) untuk Tempahan dan sebarang pertanyaan.